Monday, April 23, 2012

Pembohongan ibu.

aku nak masuk blaja haritu, seperti biasa, kene buat medical check up bagai.

ada satu ketika, kena buang air kecil, prosedur biasa.

aku merungut kat mak aku, kata aku. susah nak kencing. takde feeling.
mak aku suruh aku bersiul.

tapi kan, dulu dulu mase berat badan aku 30 kilogram,
mak kate, perempuan bersiul nanti tumbuh penis. 

*ya, dari kecil lagi organ itu aku panggil penis, bukan bebird atau kumbang atau boboi*

mak aku kasi aku pandangan tajam. kemudian berkata dia,
 "for a person of your educational level, you are not very bright najwa"
 
aku balas pandangan tajam mak, kemudian aku kata.
"u lie to me".

lantas, aku terus ke tandas. 
alangkah terkejutnya aku, bila pundi kencing aku memberi tindak balas yang memberansangkan.

gambar sekadar hiasan. aka bukan aku


terlampau memberansangkan hingga melimpah dan aku terpakse buang 50 peratus urine aku sebab kepenuhan dan aku tak mahu dipandang serong oleh nurse.

aku keluar dari tandas, buat muka bahagia dan berjalan seperti seorang majikan, meluru ke arah mak aku. 
kami lupakan setiap pertelingkahan, berpegangan tangan dan berjalan skipping bersama.

kami bahagia selama lamanya.

~tamat~


Friday, March 23, 2012

buah belum ranum

Macam ni. Kau lelaki, aku perempuan.

Bayangkan. Situasi kedai makan.

Kau dan rakan rakan kau, aku dan seorang rakan aku.

Kau pandang aku, aku tengok kau.

Main mata yang tegang sekali. Sekali sekala teguk minuman. Sambil sambil borak dengan kawan, gelak sopan sedikit, tak mahu air liur tersembur keluar.

Sekali sekali jilat gigi, tak mahu ade cili tersekat. Itu major turn off.

Pandangan mata masih lagi tegang. Senyum senyum sikit.

Jarak antara kita hanyalah 3 meja. Kita dipisahkan dengan 3 meja.

Dah 30 minit main mata. 30 freaking minit.

Aku pun dah habis makan. Kawan pun dah ajak balik.
Aku lalu tempat kau.

Kau ucap ‘’Hye’’.

Aku senyum.

Aku balas ‘’Bangang’’.
~
Terus terang,

Ini bodoh.
Sungguh bodoh.

Kau bodoh.

Aku dah nak balik baru kau nak tegur, memang kau dapat pandangan tajam yang kalau di alih bahasa menjadi kau-bodoh-nak-mampus-boleh-pergi-mandi-loji.
~

Lelaki, mari sini aku ajar.

Kalau perempuan main mata dengan kamu. Kamu akan tahu, walaupun dia sepet dan mata dia hanya seperti ada torehan di bawah dahi. Senyuman pun kalau dah diberi dan dibalas. Maksudnya, itu lampu hijau untuk kau datang beronggeng rokiah bersama dia.

Kenapa tak mahu datang mengambil nombor?

Kenapa tak mahu datang memperkenalkan diri?

Kenapa tak mahu datang minta izin duduk bersama?

Tak perlu tunggu setengah jam untuk dapatkan kepastian. Kamu akan tahu dalam 5 minit pertama jika dia 
berminat.

Yang kamu tak tahu, perempuan, tunggu kamu.

Kalau lama sangat, otak kami akan fikir

“mungkin bunga baru berputik, belum tumbuh buah, atau mungkin juga, buah belum ranum”

Kamu faham? Maksud aku, kamu tak berani. Buah keberanian belum berputik.

Lelaki, perlu ada konsistensi dan sedikit mendesak. Sedikit maksud aku, secawan, bukan sebaldi.

Kami makhluk yang malu, tapi mahu.  Kalau kami main mata tapi kami tak beri nombo, bermakna kami malu, jadi kamu sewajarnya minta email, atau facebook, atau twitter.  

Apa saja yang kamu akan rugi? Tak rugi apa apa. Kalau ditolak pun, bukannya kamu akan akan mati. Tak tentu lagi kamu akan jumpa dia lagi lepas ini. Jadi, jangan buang masa.

Ok, mahu bimbingan? You know where to find me.

Kbai.

Wednesday, January 11, 2012

satu tapak seribu tapak

aku harap kau ingat yang aku minat altimet and joe flizzow pada beberapa post yang lalu.

ok, finally, altimet balas tweet aku! finally!!

#in yo face!

owh jyeah! #menarigoyanggerudi

nah, gambar sebagai bukti, aku tau tweetnye pandek dan tidaklah bermakna, tapi sukati aku la, at least kalau laptop aku kene virus, tak la hilang bukti altimet penah tweet aku macam aku hilang bukti joe flizzow tweet aku.. hahahaha... bahahaha... wakakakaka...

*ok aku rasa aku tak cool skang.  ~(-.-~)




nuff said, proud face.


######

12.30 am


da lama tertinggal solat subuh. tak bangun bangun. selalu bangun lambat.

isyak pun lambat sangat sangat. tak boleh jadi ni! bila lagi nak berubah.

habis isyak, doa dengan Allah, nak bangun awal esok, tak nak tertinggal subuh.
sebelum tidur, set jam, pukul 6. alarm tone crazy in love, lagu beyonce, bising gile!

tengah hari pun aku tak larat nak dengar lagu ni, apatah lagi tengah pagi.

genius najwa, genius!
#banggadenganpemikiransendiri.

tidoo****

6.37 am

"najwa, bangun cek gula dalam darah daddy"- mak kejutkan
"huh, tapi baru 6.30" -terpisat aku bangun
"cek la darah daddy, die nak check before breakfast"
"ok, ok"

bangun dan check darah daddy.

tersedar.

semenjak dah besar ni, mak dah tak kejutkan aku. pandai pandaila bangun sendiri.

semalam set alarm pukul 6 pagi.
tak dengar, tidur mati.
macam atas badan ade kulit bangkai babi.
macam telinga babi sumbat  telinga sendiri.

tapi mak kejutkan aku, 6.30 pagi.
setelah sekian lama tak kejutkan aku.
kalau mak tak kejutkan mesti aku tinggal subuh lagi.

tapi aku sempat sembahyang subuh.

satu tapak aku nak dekat dengan Dia, seribu tapak Dia lari dapatkan aku.

Sunday, January 8, 2012

karma

fuhhh, lagu best nih, gloria gaynor. kene nyanyi kuat kuat.

" go on now go, walk out the door, just turn around now.. lalala.. "

PANG!


opocot! 





OWH. SHIT.

muka pucat. Siapa yang neraka sangat letak kereta kat sini. ^&$@!#$#&*

relax bro, relax. takde orang nampak.

Da, pecut je. daddy tengah tunggu kat rumah ni, kene balik cepat.

ala, setakat terlanggar sikit cam tu, tak nampak pun, macam kene kentut anak anjing je.

ok, pecut je najwa. takde saksi pun, tak ada orang nampak.

sampai rumah buat muka selamba.

"najwa, aku dapat duit seratus bantuan kerajaan tu, tolong simpankan 50 ringgit. nanti kalau aku nak aku minta." -fuad
"ok, nanti nak kau mintak tau"

-aku simpan duit adik aku yang paling bongsu dalam almari. letak berhati-hati dan periksa tempat simpan 2, 3 kali bagi memastikan tempat itu selamat dari toyol. 




hmm, mak ade beli kacang hijau kan semalam, taburkan la sikit kat tepi almari, nanti kalau toyol datang mesti dia leka.
bertaburan kacang hijau aku baling bagi memastikan duit fuad selamat dari ancaman bahaya.

ok, selamat.

3 hari selepas itu.

"najwa, nak duit, aku nak beli game ps3." - fuad
"ok"

pergi ketempat simpanan. kacang hijau masih berterabur. hmm, takde toyol datang ni.

WHAT THE HELL??

duit rm 50 hilang. puas aku tanye satu rumah, cari satu taman. tak jumpe.

ok, najwa, kau da hilangkan duit fuad, kene ganti balik. -.-

seminggu selepas itu.

''najwa, ni duit kak kiah, eton kene balik kampung sekarang ni, najwa tolong kasi kan kat kak kiah boleh?'' - eton

''boleh, petang nanti najwa kasi, eton hati hati naik bas"

teringat kejadian duit fuad hilang minggu lepas, tak nak ambil risiko, letak duit 50 ringgit dalam wallet.
hmm, mandi dululah, adik kak kiah hensem, nak wangi2 la pergi rumah dia.

ciss, niat tak betul. tak berkat percintaan nanti.
betulkan niat, nak mandi sebab nak beri kesenangan pada lubang idung semua yang ada. hah, baru betul.. *senyum-senyum kambing tahap boleh kasi penampar percuma.

ok, da wangi, cek wallet, pastikan ade duit eton nak kasi kat kak kiah.

muka pucat. kuning. darah hilang.

DUIT.HILANG.

IMPOSIBBRRRUUUUUU!!!! 


Apekejadahanakharamyangtelahberlaku?

duit hilang lagi, wallet dalam bilik yang dikunci dan rumah hanya ade keluarga. what the.......

lama termenung. duit eton dah diganti.

sambil berak termenung lagi. termenung kuat, hingga taik takut nak keluar.

ciss, buang masa je berak kalau taik tak nak keluar.

#tibatiba flashback langgar lari kereta orang.

kalau bayar kereta tu mungkin kene seratus.
salah aku.





ini karma.

Tuesday, January 3, 2012

WARN: ENTRI SERIUS

Feeling rather serious tonight.

Past few days been addicted to read blogs that is more on thoughts politics and those serious middle age writer wrote. Admittedly, i enjoy the way they write. They fascinate me with their sarcasm as they are good in controlling their emotions and not to lash out if they have something bothering them.

Do take note, i am referring to some, not all of those bloggers.

Politics are among the topics which i don’t feel comfortable discussing as i have very little knowledge in this area. but most of the serious blogs that I read do have the tendency to talk about politics which kinda remind me on how politics discussion will always end up with one if not more person being extremely mad and  speaking in a way that is one step closer to shouting.

 It has always been that way. Always will.

And if the panel of discussion consist of one person supporting party A, and another person is supporting Party B, 97 percent of the chances of both of them being mad and lashing out at each other is there. Now don’t argue. This is my way of seeing things.

 And i know you agree with me too.

Seems like there is no way of you supporters seeing the good and the right things that the opposing party has done. You might admit it at heart, but there is no admit defeat. He`s right, you know that, but you`ll do whatever it takes to make sure he looks wrong.

See, this is why Malaysian is soo corrupt. Every Party in Malaysia is corrupt. They have supporters that will stand behind them no matter what they did, even if they sodomise a very very good looking young man, even if they have the privilege of buying an idiotic out of this fucking world price handbags, and a shitty ass ring that cost more than an area of slum needs to upgrade their way of live. Their supporters will stand by them. ALWAYS there, always soo hmm, how do i say this not soo nicely, bagai lembu dicucuk idungnya, bagai dijamah nasi kangkang?

*But of course, we read it from the internet. There is no confirmation on any of the news. Kan?
 This is idiotic from my view.

It a shame that we can`t seem to have an appropriate way of listening to others and communicating and having the ability to use your brain to think on your own and accepting facts. And tell me again, how can we decide if we can`t do all that?

Maybe najwa should step in the political area and right the mind of the people. But hey, power is a fucking tool that changes people. I myself might ignore the needs of millions of people and buy myself  hermes handbags with a price tag that can give heart attack to my nenek. And a rolex watch to go with it, which the cost that have the ability to awaken the dead.

See, Malaysian shouldn’t give them politician that much power. Reality is, we control them. They need to satisfy us, not the other way round. So don’t go on riot for your leaders. They`re the one need to be sacked from their position if they fail to make you feel happy.

And seriously, supporting an idiotic stupid leader just because you are not happy with what you don’t have now, and blaming the current leader for your failure is plain immature and bullshit way of thinking.

But what does a 20 years old girl know right? I live in a house where my parents are the one having migraines when school break is over and bills come every month. So, if Malaysian feels that they need to support shitty ass leader. It’s their right. What other leader do they have that can help them?

 I have another year of not having to vote, so for now my mind is free to think of whatever shitty ass crap i wanna think about whoever and however i wanna view them.

Or not thinking about it. Hmm.. 

Wednesday, December 14, 2011

beri aku semangat

Ketepikan rasa malu. Aku perlu bantuan.
~~

Jogging tiap2 hari, mungkin sekejap, tapi so far konsisten. tapi, lemak yang dah di simpan sejak zaman bayi, dah tepu, kalau terpotong bahagian lemak, dah solid sangat macam kapur. Boleh buat serbuk lemak penambah perisa.


Pakai jeans dengan berhati hati, lemak2 sorok dalam jeans. Sebab bile perut nampak geleber dengan jeans yang ketat, itu buruk. Sungguh buruk tahap hentak kepala kat dinding tau.

keadaan dibawah terlampau tragis, beli arak, tuang di badan dan ambil lighter, bakar diri.






Potongan hourglass da lame hilang, sejak umur kau 10 tahun. Potongan yang nampak impossible untuk dapatkan balik.

Pergi kerja, minum apple cider vinegar, minum supplement. tak breakfast, pukul 3 rasa lapar minum air, air banyak banyak. Kemudian terkencing kencing.

 Tengok, dah membazir.


minum lagi, rasa nak kencing lagi, tapi boss dah keluar, takut nak pergi bilik air, kau sorang je kat office. Lagipun, mase baru masuk office, bos selalu ingatkan jaga diri dan peribadi, kite di tempat baru. Seram sejuk.

Hmm, tahan kencing.

 Dalam otak da mula terbayang batu karang yang mungkin sedang terbentuk. Minda dah mule jadi ngeri, boss sampai je office, kau dah tak rasa nak kencing, sebab  dah tahan, tapi teringat batu karang, pergi bilik air juga, teran air kencing. hmm, mengalir dengan deras. Lega.


Tapi ingat, bile kau teran sesuatu, sesuatu yang lain mungkin akan keluar. dalam kes ini, bunyi kentut. Ini sial. Malu tau bile kau masuk bilik air dan kau kentut. Bunyi kentut tu automatic jadi kuat. Bergema. Nyaring. Buat pemanis telinga bos yang mungkin sedang melayan klien di luar. Kau mule membayangkan awkward silent yang diorang mesti hadapi kerana kentut.



Keluar bilik air, buat muka selamba, siapkan artwork. Sambil online twitter n facebook. Tak amanah.

Perut berbunyi, bos pun tanye,

“najwa da makan?”

“belum la bos, nak sihat tubuh badan”

“ceh, ingat da curi2 pergi McD tadi”

Bayangan double cheeseburger pun keluar. mencarut. Sebab lapar, kau kuatkan volume lagu kat handphone yang seem impossible  sebab kau tak pernah tak dengar lagu dengan kadar maksimum.

6.30petang  sampai rumah, kau duduk, alhamdulliah, berjaya tahan perut hari ni. Nenek pulak baik hati nak belanja makan sate.

Serba salah.

Minum air lagi. Banyak2. Minum dengan teruk sampai perut rase nak meletup. Dalam otak pula keluar teori yang kata mungkin kalau aku minum air banyak2, lemak lemak ni akan  kan dibasuh dan dipecahkan oleh askar2 air suam. Dan apabila system kumbahan aku bergerak, semua lemak itu akan aku flushkan dalam toilet.


Hmm, angguk angguk, senyum sendiri. Sambil pegang gelas goyang goyang sikit  macam orang kaya kaya.


Sate kau makan, dalam hati nak 2 cucuk je, tapi da sampai cucuk ke lima. Ingat najwa, blood type kau tak mengizinkan kau makan daging.  Hati berat sruh letak sate, tapi tangan masih genggam kuat pada sate. tak nak lepaskan.

Kau pergi depan cermin, kau cakap  dengan serius “kau gemok”

Hati kau jadi sentap dengan kebenaran kata kata sendiri.  Letak semua makanan, minum air lagi. Banyak.

Perut tak keruan.


Kau tido dengan perut kosong dan jiwa lara berharap dapat mimpikan joe flizzow ataupun altimet.


*tak, cerita serious. Aku perlu dapatkan berat yang ideal untuk kesihatan aku. Sila beri motivasi. cacian turut diterima. Tolong jangan cliché. Aku tak rase bersemangat dengan kata2 yang diulang tayang dan yang aku tau dikongsi bersama berjuta juta lagi wanita hot yang curvy.

Aku nak special.

Aku mengada ngada.

ps: gambar sekadar hiasan , tiada kene mengena dengan penulis.

Saturday, December 10, 2011

aku dan lelaki idaman.

aku minat altimet, joe flizzow, malique. Kau Nampak aku tulis nama mereka secara individu dan bukan berkumpulan. Sebab sekarang, aku rasa,  mereka lebih hebat secara individu.


Ok, jadi kau tau ape yang awkward. Bile aku asyik tweet altimet, dan die tak pernah balas tweet aku. Dan tweet aku terkapai kapai berseorangan diiringi gelak tawa dan ejekan rakan rakan yang Nampak tweet aku tak dibalas oleh altimet.


 Gambar kat atas terangkan dengan jelas perasaan aku ketika itu. Ini sumpah nightmare yang aku terpaksa tebalkan muka, dan harus hadapi bile aku aku nak tweet altimet.

*owh, joe flizzow pernah balas tweet aku btw. #mendadarasabangga

Malam tu aku terus mimpi joe. Mimpi indah. Bukan basah. Aku pasti.

muka lepas mimpi joe, sumpah comel ann aku. air liur tu takde la.. kot.


hikhik.. shikhik.. :D

ok, fantasi kite kunci dalam minda dan hati.

fuhh.. ehem.. *tenang najwa, tenang.

ok. So anyway, aku dan adik adik aku, kadang kadang kami mengeluarkan peluh bersama dalam air. Kami balik kampung untuk berenang, dan walaupun bapak aku selalu pilih untuk berenang malam, die tetap ade bersama kami di tepi kolam renang.

Aku tak tau kenapa, kalau aku berenang, aku mesti nak rap lagu ‘ Bergerak’ . lagu joe. Everytime aku swim aku mesti dengar lagu tu n rap.

*Ya, aku rap. jangan gelak, aku tak la hebat, tapi aku boleh lah sikit2. Kalau kau nak kutuk. Kutuk dalam hati. Kurang sikit dosa.


So pada malam dua hari lepas, kau tau ape yang terjadi, apak aku nak ajak kami keluar dinner, kau tau ape yang dia nyanyi, die cuba melagukan lagu bergerak. See, kau tau tak awkward. Sebab bapak aku bukan jenis yang lawak. Die jenis yang cool je.

Dan, sambil menyanyi tu, die tengok adik aku. Adik aku tengok aku, dan aku cume diam. Tanda rasa bersalah tak gelak pada lawak yang bapak aku cuba buat. 
*ok, sekarang aku rasa sangat bersalah. sangat. pergh.. takpe takpe.

 Hmm, abas kasim. Sayang daddy.



Hmm, gambar ni mengingatkan aku time aku form 1 and aku nak keluar dari asrama lepas seminggu duduk. Apak aku tolong pujuk aku. Unfortunately, die tak berjaya. Maybe die tak ingat. Well, better luck next time pops!

p.s: tittle entry ni aku tujukan pada joe flizzow. call me mr president. i`ll be your first lady. 

ihikhikhik..  

najwa, tenang, relaks, jadi sawan nanti mengenangkan fantasy.